Friday 3 July 2009

Summer Sem

Semester baru hampir dua minggu bermula. 1st exam pula tak lama lagi menjelma. yang dah bergelar graduan pula ada yang sudah pualang ke Malaysia. hmm...yang ada kt cni, teruskan la juga. Terkenang mahupun tidak, perasaan itu perlu ditahan. Pada masa yang sama tidak lupa juga memohon padaNya agar dipanjangkan jodoh antara kita. Jika bukan di dunia, mungkin di sana kelak. InsyaAllah..

Mula semester kali ni pada musim panas dimulakan dengan demam pada minggu pertama kelas. Mungkin Dia sengaja nak uji kita agaknya..sabarlah wahai hati. Hujung minggu makin melarat, terus ke marakaz sihhi (klinik) utk pemeriksaan. Suhu badan yg tinggi,kna tahan sekejap,masuk air,ponteng kelas..selamat2.

Rumah pula dibelenggu masalah kerosakan pengepam air menyebabkan ketiadaan air..bertahan lebih 2minggu. Syukur sudah dipulihkan. Kembali seperti sedia kala.

Panas, sakit kepala, exam, mesyuarat, demam, sakit, emosi, semua perlu diatasi dengan bijak sana...Rindu pula pada keluarga. Tak tahu kenapa. Tuhan,tenangkan daku.

Perlu kembali. Teruskan perjuangan. Mintalah padaNya..