Friday 27 March 2009

Sakit..

Sutera Kasih, Sutera Maya, Selembut Sutera membelai jiwa..

Bismillah..

"Sakitnya..." keluh jiwaku.
"Hmm..bila nak baik ni..da la nak exam, sakit-sakit pulak.."

Mengeluh lagi...

Tak sedar sebenarnya bila kita mengeluh kita hampir tidak bersyukur kepada Dia..Mana tidaknya, cuba fikir, dari mana datangnya ujian dan dugaan itu kalau bukan dari Dia? Pasal apa nak diuji? Agak-agak kenapa? haa...jawab jangan tak jawab.

Sudah tentulah jawapannya akan subjektif, bergantung kepada skema jawapan masing-masing. (Saya tak pulak sediakan skema jawapan..) Hmm,boleh jadi sebab:

  1. "Adalah tu, Tuhan nak tunjuk sesuatu kat engkau..."
  2. "Itu tandanya, Dia nk engkau ingat pada Dia..."
  3. "Sakit tu kan penghapus dosa kecil kita..."
  4. "ujian adalah tarbiyah dari Allah, apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya..." dipetik dari lagu nasyid kumpulan Raihan.

Nak pilih yang mane ye?? (think for a while)...
sebenarnya jawapan-jawapan yg saya letakkan ini adalah nasihat yg didapati bila sahabat-sahabat saya tahu bahawa saya sedang sakit@tidak sihat@demam..
prihatinkan sahabat-sahabat saya?

Alhamdulillah, syukur kerana masih ada yang kisah tentang kita kan..

Sebenarnya kan, kita patut bersyukur kerana terpilih dari banyak-banyak dan dari ramai-ramai orang untuk diuji dengan sakit..yela, ada orang tu sihat tapi dia xde masa nak ingat Tuhan pun. Tapi, bukan semua. Lagi bagus kalau dah la sihat, bila-bila kat mana-mana pun sentiasa ingat pada Tuhan. Berpahala tau dengan mengingati Dia sahaja.

Lagi satu, ade juga golongan yang memang sentiasa senang je sampai xde rasa nak memahami dan mendalami perasaan oarang susah sebab hidupnya dari kecil memamng senang la. Bahkan paling teruk dia tak boleh nak bergaul sangat la dengan orang yang xsebulu dengan dia..
Ni xtau la nk masuk kes yg mana satu..kes pilih bulu ke pilih kasih ke..xtau la..

So,kawan-kawan kita ni kena la fleksible. Jangan terlalu pada sesuatu sangat (yg tak patut la,kalau patut xde hal la) Tapi masih dalam landasan syariat ye..

P/s : nilai zuhud...:)

Friday 20 March 2009

Task a.k.a Tagged

come on and lets check it out!!

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
nama blog :selembarbicara
nama ini dipilih berdasarkan sifat yang ada (bkn jenis bnyk ckp) ...tapi xtahulah pandangan orang cmne pula..haa,selembar benang lama-lama jadi kain.btul x kawan2?

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://selembarbicara.blogspot.com
ntahnye,mse tu xde la terfikir sangat nk letak nama apa. konsep sempoi n simple. dia dtg secara tiba2..kau ilham ku...

3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
perkongsian pengalaman yang dilalui..semoga bermanfaat dan dapat memberi pengajaran kepada pembaca..walaupun sedikt.

4) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?
erm, ntah la. tak tahu nak kate cmne. tapi sedang berusaha mencapai kedua-duanya dan kalau dapat mahu diseimbangkan antara kedua-duanya..

5) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
nope..coz antara wadah tarbiyah yang simple dan bagus juga untuk diketengahkan sesuatu dan berkongsi sesuatu dengan rakan2..

6) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
erm....ha,pemilik blog ni merupakan seornag yang diminati ramai. blog dia pun menarik untuk diikuti..saya pun peminat dia gak..(ade aura menarik minat org ramai dia nie : berpengaruh ).

just a simple answer from me. hope u will sastisfied with it. thanx to her who tagged me to share some benefits and interesting experience..but,it was subjective to answer the question, based on the people rite..

Wednesday 18 March 2009

Belenggu Jiwa

Sehening pagi yang bernafas segar, dedaunan berembun berangin membelai kamar, pagi itu ku rasakan kelainan. Jiwa yang kadangkala dilanda resah , tahap iman yang perlu sentiasa diperindah, sering perlunya aqal berfungsi untuk mengembalikan kesedaran kepada fitrah manusia.

Kenapa ya? Walau telah kita mencuba sedyanya, namun selalu kita masih tak dapat nak mesakan ketulusannya..kerana apa? Kerana kita masih memiliki sesuatu yang dinamakan belenggu jiwa..

Apakah belenggu jiwa manusia? Jawapannya ada di benak masing-masing...saya dengan belenggu jiwa saya..anda dengan belenggu jiwa anda..cari, jumpa, selesaikanlah. Jangan biarkan jiwa kita terus diselubungi belenggu yang menyebabkan kita sebagai hamba tidak sampai kepada Tuhan kita, Allah..terutamanya doa. Itu sekadar contoh..itu kalau kita dengan Tuhan. Kalau dengan manusia pula bagaimana??.......cari2 dan singkap kembali.. rase2 cam mudah ke nak pecahkan belenggu jiwa cam pecahkan ais???


Pernah saya ungkapkan sedemikian ' belenggu jiwa manusia....tiada penghujungnya'...
ye ke xde penghujungnya??hmm....tiba2 datang jawapan yang tidak saya tunggu pun sebenarnya..walau bagaimanapun agak bermanfaat untuk dikongsi bersama...
seperti berikut...'' belenggu jiwa manusia ada akhirnya...kematian' haa....amacam?orait x jawapan tu??....bagi saya, benarlah kata ustaz tu. Maka moleklah kiranya saya kongsikan bersama kepada para pembaca...btul tak kawan2??

'Kematian mengakhiri segalanya dalam kehidupan dunia'