Friday 23 January 2009

Mencari redhaNya

kemelut yang kurasakan ini
tidak tahu hendak dicampak ke mana..
padaNya aku meminta
diberi petunjuk dan hidayah
agar dapat memimpin jalan yang direstuiNya

Puas sudahku mencari diriku
menghilang jauh entah ke mana
sesat dipertengahan
pulang ke pangkal jalan
minta dipimpin semula
pada siapa jua harus dipinta?

sedar..
masa terus berlalu
hampir tidak jumpa arah tuju
alam kesesatan yang penuh liku

berikan aku satu lagi peluang wahai Tuhanku..
musnahlah aku jika begitu
kerana
tidak menemui cahaya itu

Tidak sanggup lagi bertahan..

Kembali kepadaMu
dalam kelana pengembaraan..

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt

    With love, i send this comment to you.

    Pernah suatu hari ketika aku mempelajari Muqaddimah Tafsir Fil Zilal, aku bertanya pada ukht yang mengajarku. " Kak, mcammana kita betul2 nak faham quran ". Means, macammna nak peroleh ketenangan?. Ukht tu menjawab, " Buanglah choker ( belenggu ) dalam dirimu". Apa choker Fiza kak?. " Hanya kau yang tahu apa yang mghalang dirimu dari jalan Tuhan sebelum ini..".

    Aku tertunduk Sab, lepas dengar kata2 ukht tu. Kejahilan, nafsu, sifat mazmumah... Itu belenggu2ku.

    ReplyDelete