Saturday 24 January 2009

datang lagi??

perasaan itu datang lagi..rasa tidak dipeduli,tidak dihargai..em,mencabar la.orang nampak macam hebat,cekal,tabah..macam xde ape-ape je. padahal semua itu hanya luaran sahaja. dalaman, Dia sahaja yang maha mengetahui rahsia hati hamba-hambanya..

layakkah bergelar hamba?
itu baru tidak dipeduli manusia..bagaimana jika tidak dipeduli Tuhan?
apakah perasaanya ya?
bagaimana jika kita benar-benar tidak dipeduli tidak diambil berat bahkan tidak dipandang Tuhan sekali pun..
bukankah kasih sayangNya sahaja yang dapat mengubati kita dalam sendu mahupun lara?
cukup-cukuplah dengan kasih manusia..
usah ditagih lagi..nak-nak lagi pada yang tak sudi..
bukan mudah mencari penawar hati
jika tidak dipandu dengan cahaya Ilahi..


moga kita tidak tergolong dalam golongan sedemikian..

buat diriku khususnya...

kata ibu,perjalanan hidup ini masih jauh. sediakan bekalan yang secukupnya buat masa akan datang. sudah-sudahlah dengan perkara yang lepas..terus maju ke hadapan..kuatkan iman dan jangan mudah goyah,padaNya sahaja kita berserah.

p/s : aku yang tidak pandai menunjuk kasih.

No comments:

Post a Comment