Tuesday 20 January 2009

Perkongsian dan tatapan bersama : ketenangan hati

Setiap mukmin yakin bahawa membca Al-quran sahaja sudah termasuk amal yang sangat mulia dan akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda kerana yang dibacanya itu adalah kitab suci. Al-quran adalah sahabat sebaik-baik bacaan bg orang mu'min baik dikala senang mahupun dikala kesusahan, ketika gembiara mahupun sedih. Malah membaca Al-quran bukan sahaja menjadi amal ibadah malahan menjadi ubat dan penawar bagi orang yang gelisah jiwanya.

mari kita ikuti kisah teladan para sahabat yang dipetik dari tafsir Al-quran kalam Allah...

Pada sutau ketika datanglah seseorang kepada sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Ibnu Mas'ud r.a meminta nasihat. Katanya : "wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat ku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tidak enak, tidur pun tidak nyenyak."
Maka Ibnu Mas'ud mensihatinya katanya : "kalau penyakit itu yang menimpamu maka bawalah hatimu menuju ke tiga tempat yakni tempat orang membaca Al-quran, engkau membaca Al-quran atau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke Majlis Pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau cari waktudan tempat sunyi, disana engkau berkhalwat menyembah Allah, umpama di tengah waktu malam hari, di saat orang tengah tidur nyenyak, engkau bangun mengerjakan solat di tengah malam, memintadan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati. Seandainya jiwamu belum jua terubat dengan cara ini, engkau minta pada Allah, agar diberiNya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu bukan lagi hatimu."

Setelah orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannya nasihat Ibnu Mas'ud r.a. Dia pergi mengambil whuduk kemudian diambilnya Al-quran, terus dibacanya dengan hati yang khusyu'. Selesai membaca Al-quran, berubahlah gelisahnya, berubahlah kembali jiwanya menjadi jiwa yang tenang dan tenteram, fikirannya jernih, kegelisahannya hilang sama sekali...

actually its hard to do it when there is some black spot in our heart rite..but,we can try it to clean and clear it up..before its too late to pure it til the last spot. the only main thing i think that we can try avoid off is to be shoot in by devils..always try our best to protect iman and always make up our iman until it become shining ang glowing..like a crystal.

p/s: crystal n pure our iman..

No comments:

Post a Comment