Saturday, 21 February 2009

Kefahaman Islam..

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

pernah suatu ketika,aku sendiri keliru dengan apa yang sedang berlaku dan dengan apa yang sedang aku hadapi. saat itu aku rasakan aku kesesatan, tiada petunjuk (doesn't mean xdpt hidayah) seakan-akan "lost" buat seketika. Lalu aku kembali mencari jalan-jalan yang memungkinkan aku untuk kembali ke landasan yang sebenarnya. aku mengadu hal ini kepada sahabatku kerana dia adalah antara yang memahami ku..sengaja mencari angin baru dan buah fikiran baru untuk dikongsi. Dia langsung mengajak aku untuk kembali ke pangkal atau pokok permasalahan ku..dia mulakan dengan..

seringkali kita perkatakan tentang dakwah,amal makruf nahi mungkar, dan yang seumpama dengannya. Persoalan yang ingin dikemukakan ialah : adakah kita ini sudah benar-benar faham dengan apa yang dimaksudkan dgn ISLAM?masalah utama kita adalah kadang-kadang kita belum benar-benar faham dengan apa yang dimaksudkan dengan Islam..kita tahu Islam is the way of life, tapi betul ke kita da faham ape yg dibawakn oleh islam sebenarnya?

aku terfikir..ada kebenaran dalam kata2 sahabatku itu
kalau xfaham sesuatu,bagaimana kita nk merasai dan ada pada dalam perkara tersebut apatah lagi hendak membawa apa yang difahami dalam perkara tersebut..secara ringkasnya boleh dimudahkan dengan kata-kata ini 'tak kenal maka tak cinta'..simple?

so,kaedah yang aku nk simpulkan di sini adalah fahami dan dalami islam itu apa..seterusnya terjunkan diri ke dalam bidang yang sepatutnya..amal makruf nahi mungkar+dakwah..
but not exactly being ferfect 1st to be a 'dakwah' person..siapa-siapa shj yang merasakan apa yang tidak disukai pada dirinya dan saudaranya itu cuba diperbetulkan..it same as dakwah,as long as we ask them to be the good person in the line as Islam has tought..berlandaskan syara'..

bukannya perlu sampai kepada pengiktirafan sijil diploma atau pun ijazah dan bergelar ustaz dan ustazah baru la nak berdawah..dalam konteks yang ingin saya bawakan di sini,sesiapa sahaja yang MAHU memahami Islam dan membawanya seperti yang kita semua tahu ISLAM IS THE WAY OF LIFE, sangat-sangat di alu-alukan untuk berada di medan seperti ini..

wallahu a3lam..

p/s : apa itu ISLAM?

Saturday, 24 January 2009

datang lagi??

perasaan itu datang lagi..rasa tidak dipeduli,tidak dihargai..em,mencabar la.orang nampak macam hebat,cekal,tabah..macam xde ape-ape je. padahal semua itu hanya luaran sahaja. dalaman, Dia sahaja yang maha mengetahui rahsia hati hamba-hambanya..

layakkah bergelar hamba?
itu baru tidak dipeduli manusia..bagaimana jika tidak dipeduli Tuhan?
apakah perasaanya ya?
bagaimana jika kita benar-benar tidak dipeduli tidak diambil berat bahkan tidak dipandang Tuhan sekali pun..
bukankah kasih sayangNya sahaja yang dapat mengubati kita dalam sendu mahupun lara?
cukup-cukuplah dengan kasih manusia..
usah ditagih lagi..nak-nak lagi pada yang tak sudi..
bukan mudah mencari penawar hati
jika tidak dipandu dengan cahaya Ilahi..


moga kita tidak tergolong dalam golongan sedemikian..

buat diriku khususnya...

kata ibu,perjalanan hidup ini masih jauh. sediakan bekalan yang secukupnya buat masa akan datang. sudah-sudahlah dengan perkara yang lepas..terus maju ke hadapan..kuatkan iman dan jangan mudah goyah,padaNya sahaja kita berserah.

p/s : aku yang tidak pandai menunjuk kasih.

Friday, 23 January 2009

Mencari redhaNya

kemelut yang kurasakan ini
tidak tahu hendak dicampak ke mana..
padaNya aku meminta
diberi petunjuk dan hidayah
agar dapat memimpin jalan yang direstuiNya

Puas sudahku mencari diriku
menghilang jauh entah ke mana
sesat dipertengahan
pulang ke pangkal jalan
minta dipimpin semula
pada siapa jua harus dipinta?

sedar..
masa terus berlalu
hampir tidak jumpa arah tuju
alam kesesatan yang penuh liku

berikan aku satu lagi peluang wahai Tuhanku..
musnahlah aku jika begitu
kerana
tidak menemui cahaya itu

Tidak sanggup lagi bertahan..

Kembali kepadaMu
dalam kelana pengembaraan..

Tuesday, 20 January 2009

Perkongsian dan tatapan bersama : ketenangan hati

Setiap mukmin yakin bahawa membca Al-quran sahaja sudah termasuk amal yang sangat mulia dan akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda kerana yang dibacanya itu adalah kitab suci. Al-quran adalah sahabat sebaik-baik bacaan bg orang mu'min baik dikala senang mahupun dikala kesusahan, ketika gembiara mahupun sedih. Malah membaca Al-quran bukan sahaja menjadi amal ibadah malahan menjadi ubat dan penawar bagi orang yang gelisah jiwanya.

mari kita ikuti kisah teladan para sahabat yang dipetik dari tafsir Al-quran kalam Allah...

Pada sutau ketika datanglah seseorang kepada sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Ibnu Mas'ud r.a meminta nasihat. Katanya : "wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat ku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tidak enak, tidur pun tidak nyenyak."
Maka Ibnu Mas'ud mensihatinya katanya : "kalau penyakit itu yang menimpamu maka bawalah hatimu menuju ke tiga tempat yakni tempat orang membaca Al-quran, engkau membaca Al-quran atau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke Majlis Pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau cari waktudan tempat sunyi, disana engkau berkhalwat menyembah Allah, umpama di tengah waktu malam hari, di saat orang tengah tidur nyenyak, engkau bangun mengerjakan solat di tengah malam, memintadan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati. Seandainya jiwamu belum jua terubat dengan cara ini, engkau minta pada Allah, agar diberiNya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu bukan lagi hatimu."

Setelah orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannya nasihat Ibnu Mas'ud r.a. Dia pergi mengambil whuduk kemudian diambilnya Al-quran, terus dibacanya dengan hati yang khusyu'. Selesai membaca Al-quran, berubahlah gelisahnya, berubahlah kembali jiwanya menjadi jiwa yang tenang dan tenteram, fikirannya jernih, kegelisahannya hilang sama sekali...

actually its hard to do it when there is some black spot in our heart rite..but,we can try it to clean and clear it up..before its too late to pure it til the last spot. the only main thing i think that we can try avoid off is to be shoot in by devils..always try our best to protect iman and always make up our iman until it become shining ang glowing..like a crystal.

p/s: crystal n pure our iman..

Kerja Tuhan

jatuh bangunnya kita dalam kehidupan seharian mengajar jiwa kita sentiasa dekat denganNya..
benar..kerana bila kita alpa dan tiada sesiapa yang dapat melihat apa yang sedang berlaku pada diri kita Dia sentiasa ada..dekat.
tapi,kita saja yang xmahu buka mata hati dgn ape yang berlaku..

"sekali anda jatuh jangan jatuh untuk berkali-kali"

mungkin ada benarnya pepatah ini kerana jatuh kali kedua selepas jatuhan kali pertama memang menyakitkan.akan tetapi,sentiasa di ingatkan bahawa dalam al-quran sendiri ada menyebut dalam firman Allah yang bermaksud "janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah"

just think about it..

p/s : bangun selepas jatuh semula.